Wednesday, May 4, 2011

saya suka ;)



Drama Juvana terbitan Film Scape Sdn Bhd arahan Faisal Ishak terus mendapat sambutan penonton yang amat memberangsangkan sehingga minggu kedua ini. Kalau tak silap, drama ini mencatat sebanyak 3 juta penonton pada episod pertama drama ini ditayangkan dan ini adalah satu pencapaian yang baik selepas drama Nur Kasih.


Di Facebook, baru saja laman drama ini ditubuhkan setelah minggu ke dua terus mendapat sebanyak 10,000 pengikut. Rata-ratanya peminat drama ini memberi maklum balas yang positif. Pelakon baru yang meningkat naik juga hero drama ini iaitu Zahiril Adzim mungkin juga penyebab drama ini mendapat ranking yang baik di TV3.


Juvana mengisahkan seorang remaja berusia 17 tahun,Daim, yang didapati bersalah atas tuduhan membunuh ibu serta teman lelaki ibunya.Mahkamah menjatuhkan hukuman agar dia dihantar ke Sekolah Pemulihan Akhlak Wira Bakti, iaitu sebuah sekolah Badan Bukan Kerajaan (NGO), sehingga dia cukup umur untuk dibicarakan semula.Daim menjadi mangsa buli oleh sekumpulan pelajar yang terbabit dengan kes jenayah yang serius.idak selamanya bernasib malang, Daim mempunyai harapan apabila Cikgu Zakiah, satu-satunya guru wanita di situ, ditugaskan ke sekolah terbabit.


Antara pelakon yang membintangi drama ini ialah Zahiril Adzim, Bront Palare, Izreen Azminda, Irfan Roslan, Johan Ariff, Syazwan Zulkifly, Wan Atiqa Farhana, Adam Shah, Khairul Mohamed, Syukri Yahaya, Riki Rikando, Idzham Ismail, Helmi dan Talha Harith


Jangan lupa untuk menonton drama Juvana pada setiap Isnin jam 9.00 malam hanya di TV3. Anda juga boleh menonton drama ini menerusi portal www.tonton.com.my
p/s ~sumpah saya suka <3

No comments:

Post a Comment