Sunday, July 31, 2011

emma nazatulbiha binti a.rahman ;)



Alhamdullillah, saya berasa gembira dan bersyukur ke hadrat Allah S.W.T. kerana diperkenankan untuk kita dapat bersama-sama pada hari yang berkat ini bagi penyempurnaan Majlis Konvokesyen Yang ke-6th  bagi Universiti islam antarabangsa  atau lebih dikenali sebagai UIA .

Majlis gilang-gemilang pada hari ini memberi makna besar kepada para ibubapa dan para graduan, serta menandakan kesinambungan dalam sejarah universiti ini dalam melahirkan graduan pelbagai bidang penting
2. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi tahniah kepada para ibubapa dan para graduan di atas kejayaan para graduan mendapat ijazah dari universiti yang ternama ini. Semestinya perasaan gembira jelas terpapar di muka para ibubapa dan graduan dalam menyambut hari yang amat bersejarah ini. Sokongan dan pengorbanan para ibubapa selama ini telah membolehkan para graduan untuk melanjutkan pengajian di menara gading dan seterusnya berjaya menghasilkan ijazah yang diidam-idamkan. Semestinya jasa bakti yang telah dicurahkan oleh para ibubapa adalah amat besar dan majlis konvokesyen ini semestinya adalah hari lebaran yang telah dinanti-nantikan oleh para ibubapa untuk meraikan kejayaan anak masing- 
 masing.



ps~ formal tak ? hahah TAHNIAH AKK VUII <3

No comments:

Post a Comment